Wednesday, January 12, 2011

Perihal kematian

Apabila meninggal dunia anak adam itu.
Tiga perkara mengiringinya ke kubur iaitu :

1. Keluarganya
2. Hartanya
3. Amalnya.



Semua diatas akan pulang apabila jasadnya selesai dikebumikan.
Kecuali amalnya yang akan dibawanya menjadi bekal ke akhirat.

Tuesday, January 11, 2011

Antara Ilmu dan Harta

Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh Malaikat Jibril
di Gua Hira' (Jabal Nur).

Ialah 5 ayat dari Surah Iqra' ..  yang bermaksud "Bacalah.."


Pada pendapat ulama' fikah terdapat dua perkara yang dibaca :

1. Perkara yang dibaca dengan tulisan.
2. Perkara yang dibaca tanpa ada tulisan.

Contoh bagi perkara 1 ialah sebagaimana kita membaca tulisan yang terdapat di blog ini.
Dan juga dari tulisan-tulisan lain.

Bagaimana pun bagi kategori ke 2 , iaitu perkara yang dibaca tanpa tulisan.
Contoh nya ialah :

1. Apabila kita dapati langit mendung dan gelap.
kita sedikit sebanyak dapat membaca bahawa hujan akan turun tidak lama lagi.
Bukan nya kerana terdapat tulisan "STANDBY Hujan Nak turun.." pada awan.
tetapi kita tetap dapat membaca nya.

2. Apabila anak dara di pinang oleh lelaki soleh.
Maka hendaklah ibu/bapanya bertanya kepada nya ,
"Adakah dikau bersetuju untuk berkahwin dengan si polan bin si polan".
Maka jika dia senyum, tanpa sepatah kata .. kita dapat membaca bahawa dia bersetuju.
Namun jika dia menangis, tanpa sepatah ..
hendaklah ibunya merasa air mata yang menitis dipipinya , jika ia panas maksudnya dia bersetuju
(menangis kerana gembira) , tetapi jika ia adalah sejuk-sejuk  (dia tidak bersetuju).
Maka inilah yang dikatakan membaca tanpa adanya tulisan.

Saidina Ali KaramAllahu Wajhah, telah dikemukan soalan yang sama oleh lima orang yang berbeza :

"Antara Ilmu dan Harta , yang manakah lebih penting ? Kenapa ?".

1. Ilmu , kerana ilmu yang diberikan akan bertambah sedang harta berkurang.
2. Ilmu , kerana ilmu itu yang menjaga kamu, sedang harta kamu yang perlu menjaga nya.
3. Ilmu , kerana terdapat hadis menyatakan "andai kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, andai kamu inginkan Akhirat, hendaklah dengan ilmu, dan andai kamu inginkan kedua-dua , hendaklah dengan ilmu."
4. Ilmu, dengannya bertambah sahabat-sahabat, sedangkan dengan harta yang banyak boleh menambah musuh.
5. Ilmu, ilmu nilainya semakin hari semakin bertambah, sedangkan harta semakin lama semakin susut.

.. andai kamu bertanya kepadaku sebanyak seribu kali "Antara Ilmu dan Harta , yang mana ?" .
"pilihan ku tetap Ilmu".